Ziarahan kasih kepada 6 orang anak yatim piatu yang kehilangan bapa pada Mac yang lalu dan baru sahaja kehilangan ibu akibat Covid-19 minggu lalu di Pangsapuri Ampang Jajar.
Alhamdulillah, kini mereka sedang dijaga dengan baik oleh bapa saudara mereka - termasuk kakak yang sulung berumur 18 tahun sehingga adik yang bongsu berumur 3 tahun.
Meskipun kawasan tersebut tidak termasuk dalam kawasan Parlimen #PermatangPauh, namun saya amat terkesan terhadap apa yang berlaku pada anak-anak ini.
Saya mengambil peluang bagi menyampaikan sumbangan buku latih tubi inisiatif #KitaBelajar di Permatang Pauh serta sumbangan kewangan bagi meringankan beban mereka. Semoga mereka terus diberikan kekuatan bagi menempuhi kehidupan yang mendatang, InshaaAllah.